sembang2 - smoking - amaran kerajaan Malaysia



AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA : MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Kat mana kita leh baca amaran di atas ni? Aku sure mesti sumer orang tahu jawapannya. Yup!! Dikotak rokok la kan, kt area tepi kotak rokok. Sumer rokok yang dijual kat Malaysia, mesti ada tulis amaran ni. Lepas baca amaran tu, kita ada rasa untuk taknak merokok tak? Bagi orang yang smoking ni, mesti dah kebal dengan amaran ni ,ye tak?

Jadi kita nampak kat sini, kerajaan dah amik usaha untuk kurangkan rakyat Malaysia dari merokok. Jadi bila rakyat ni dengan tabahnya still nak smoking? Ni salah siapa? Rakyat atau kerajaan? Kita nampak kan kat sini, kerajaan dah sedar yang merokok ni bagi keburukan kepada pengguna, dan mengambil tindakan dengan meletakkan amaran di sebelah sisi kotak rokok. Masalahnya adalah rakyat Malaysia yang berani dan tidak gentar menghadapi cabaran serta mau menguji keberanian. Mungkin amaran ni hanya berkesan dalam mengurangi jumlah remaja yang mulai tertarik untuk smoking.

Juga kita nampak banyak iklan2 kat tepi jalan yang tertulis "katakan taknak pada rokok". Pastu diharamkan plak iklan rokok di kaca tv. Dan kemudian peraturan lainnya, yang jugak menguntungkan kerajaan adalah menaikkan harga rokok. Dengan menaiknya harga rokok ni, pendapatan negara (melalui tax) terus meningkat. Mesti la para smoker ni merungut, pasal mmg susah nak benti kan tabiat merokok ni. Nak bantah kenaikan harga rokok ni, sure la tak boleh. Kerajaan kita ada point yang sangat kuat. Selain menguntungkan negara, kerajaan cuba nak selamatkan rakyat.

Dan pengeluar rokok ni taknak amik tau. Asalkan rokok mereka dapat dijual dan mereka dapat untung, cukup lah.
"Tulis la amaran apa pun, yang penting produk aku laku. Lagipun kat rokok aku memang ada tulis yang merokok ni mmg bahaya kan kesihatan, korang yang berani sangat.Nanti kalau pasni korang sakit, korang takleh dakwa aku."

Yang menariknya
  • Nape tak haramkan terus? - mana boleh, nanti mesti ramai smoker yang akan protes (termasuk aku!!) - lgpun ni kan sumber pendapatan ramai pihak - pengeluar rokok dan pekerja kilang rokok akan menganggur - so, naikkan harga je - ni pun ramai orang protes gak - tapi lantak la - smoking tetap smoking - keuntungan tetap terjamin
  • Amaran kat situ kecik sangat - lgpun juz kat tepi kotak je - tp kalau kt tiap batang rokok dia tulis menda tu tak dapat lak aku nak bayangkan - betul ke ada orang kata besar keciknya amaran tu bergantung kepada tax yang syarikat rokok tu bayar? Kalau bayar lebih, amaran dia tulis kecik siket - Kalau bayar kurang, amaran lg besar
  • Amaran ni mcm iklan je kut? - senang sket kerja doktor2 kat Malaysia, takyah nak bgtau dengan panjang lebar lagi yang rokok tu merbahayakan kesihatan - sumer orang dah tau menda ni - kan kita salu baca
  • Amaran tu sebagai tanda yang rokok tu boleh jual kat malaysia - tu kira cam sirim gak la - kalau takde amaran, takleh jual - nak taknak, terpaksala letak jugak - yang penting boleh jual - tapi nak beli ke tak tu adlah hak pengguna, pandai2 la menilai
  • Orang yang tak merokok tapi terhidu bau asap rokok (kerana ada orang merokok disekitarnya) adalah perokok pasif - orang kata lagi bahaya, pasal asap rokok yang dia hisap tu tak melalui filter - tp hakikatnya, orang yang smoking tu adalah perokok aktif dan juga pasif -sure la lagi bahaya - tp bila fikir2 balik - udara kat negara kita - dengan keter sana sini, asap keter asap lori - tu belum masuk kalau ada hutan kat negara jiran terbakar - ish, parah2
  • Aku penah baca, kissing dengan smoker ni sama je cam kissing ashtray - betul ke? - tak penah lak aku kissing smoker, haha - untung la kalau partner kita tak smoking
  • Amaran ni adalah latihan adaptation bagi smoker yang berumur di bawah 18tahun - nnt bila dah lepas 18, dah adapt, takde la terasa sangat amaran tu - kan rakyat malaysia dibawah 18 tahun dilarang merokok, tp mereka ni boleh gak dapat stock rokok - kalau yang di atas 18 tahun - amaran ni adalah peringatn agar mereka lebih bersedia menghadapi masa hadapan
  • Sumer menda kita tau, ada kebaikan dan keburukan - sumer orang dah tau keburukan merokok, tp hanya perokok je sedar apa kebaikan merokok - amaran tu sebagai bukti bertulis dari pengeluar rokok yang rokok ni ada keburukannya - jadi kalau sakit ke apa, takleh nak tuntut apa2 - tapi bagi perokok, amaran tu sebagai efek lain dari merokok - sedangkan ubat pun ada kesan sampingan
  • Amaran tu cm trick je - kita tau kan, sifat manusia yang suka langgar peraturan - agaknya tu la diciptanya peraturan, untuk dilanggar

Tidak ada komentar: