Kita selalu dengar, artis2 kata "beli yang original, jangan beli yang cetak rompak, atau jangan download kat internet". Tapi kenapa ek? Ramai orang yang suka giler mendownload lagu2 dari internet. Penyebab utamanya mesti la pasal download ni free dan mudah. Tapi kalau semua orang duk asyik download je, cmne la artis2 kita nak carik makan, dan makin berkerut la dahi tokey kat kedai2 kaset tu carik jalan nak lariskan kaset2 diorang.
Jadi, artis2 ni pun mogok, tarik diri, merajuk, taknak jadi penyanyi, taknak rakam lagu, taknak buat album. Tak kurang juga dengan komposer dan pencipta lirik dan lagu yang tak tahan dengan keadaan camni. Last2 industri muzik tanah air kita pun berkubur sunyi sepi. Takde saper nak berkarya lagi. Stesen2 radio tempatan pun asyik putarkan lagu yang sama je tiap hari, ataupun lagu yang baru dari negara seberang.
Salah sangat ke download ni? Salah ke kalau kita berkongsi muzik atau interest kita dengan orang lain? Apa plak beza dengan orang yang pinjamkan kaset yang telah dibeli kepada kawan2nya? Jadi peminjaman kaset ni pun harus diharamkan, sumer orang yang nak dengar lagu, wajib beli album yang original. Masalahnya berbaloi ke beli satu album kalau album tu sekadar tangkap muat. Cuma ada satu atau dua je lagu yang best, dan yang lainnya hampeh. Cuba kita fikirkan balik.
Kalau pada aku la, kerja2 mendownload ni takde lah keburukan semata. Kalau nak ikutkan memang ada jugak golongan yang walaupun dia dah download, tapi dia still nak beli album yang original. Mungkin pas dia dengar lagu yang dia download tu, dia tertarik dengan lagu tu, dan dia pun beli la album artis berkenaan. So, kiranya download boleh gak jadi medium promosi lagu atau album tanpa kita sedari.
Ataupun, untuk die hard fans sesetengah artis, walaupun dah download full album artis yang mereka sanjungi, mereka tetap mendapatkan kaset dan cd yang berada di pasaran. Menda2 cmni selalu terjadik. Sebenarnya semua kaset2 dan cd tu akan jadi koleksi yang berharga buat peminat2 artis. Selain tu, ada jugak sesetengah orang ni, beli kaset atau cd sumer pasal hanya kerana tertarik dengan cover album yg cun2 dan inlay yg menarik.
Sekarang ni banyak lagi medium hiburan selain daripada radio. Kalau korang la kan, berapa lama masa yang korang spent untuk dengar radio dalam sehari? Kalau nak tolak dengan waktu study atau kerja, waktu tidur, sports, bukak internet, tengok tv sumer. Mungkin la, kalau student tu, time study malam leh gak dangar radio. Ataupun untuk yang dh berkerja, time drive ke ofis tu je. So boleh la kita anggap yang download ni dapat la nak pembantu kepada tugas radio dalam mempromosi lagu serta album2 artis kita. Bila ramai dah dengar lagu artis tu, lagu dia pun jadi top, dan mesti dia pun jadi famous. Apa lagi, bila dah famous, buat la konsert, sure ticket sold out. Dan orang2 yang dah download lagu artis ni, dah dengar ke'best'an lagu artis ni tadi, mesti sanggup kuar duit nak beli tiket untuk konsert artis tu. Boleh gak artis kita carik makan dengan cara camni.
Kalau dah famous tu, sure banyak syarikat2 tv nak amik mereka untuk buat persembahan di saluran tv mereka. Tak kurang jugak dengan offer untuk jadi pengacara rancangan atau host undangan yang pasti lah dapat menarik penonton untuk melihat artis kesukaan mereka keluar di kaca tv.
Satu lagi, dengan internet ni jugak la kita dapat promote lagu dan artis negara kita ke peringkat antarabangsa. Bila orang dari negara luar tu dengar lagu2 artis dari negara kita ni yang berkualiti dan memenuhi citarasa diorang, mungkin gak diorang akan terfikir nak dapatkan album tu dari negara kita. Sumer ni tak mustahil.
Jadi, adakah download ni mendatangkan keburukan semata? Terpulanglah kepada individu yang menilai.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar